PROSES TEMPAHAN

1. Proses Pra-tempahan
   i. Download@Isi borang tempahan dengan teliti.
   ii. Buat lakaran peta & SCAN.
   iii. Buat bayaran deposit RM50 & SCAN slip pembayaran.
   iv.Emailkan ketiga-tiga di atas ke  eimosdesign@gmail.com

2. Proses Rekaan Kad Kahwin
Rekaan kad kahwin akan disiapkan dalam tempoh 4-7 hari dan akan diemailkan kepada anda
untuk pengesahan.

3. Semakan & Pembetulan
Pelanggan perlu menyemak design yang telah siap dan perlu memaklumkan kepada kami
sekiranya terdapat kesalahan. Tidak ada had untuk membuat pembetulan kerana kami mahu anda betul-betul berpuas hati dengan draft yang dihasilkan tanpa sebarang kesalahan.Warna dari produk output mungkin akan sedikit berlainan mengikut operasi percetakkan.

PERHATIAN : Susun atur grafik, pemilihan font, rekaletak dan identiti setiap produk kami adalah
merujuk kepada  template sedia ada. Pelanggan hanya dibenarkan menukar atau mengubah 30% daripada design asal seperti warna dan reka letak sahaja.Pelanggan dibenarkan membuat semakan dan pembetulan pada semua text termasuk ayat jemputan dari segi ejaan nama, tarikh, tanda/ikon/tulisan jawi, alamat, nombor telefon, aturcara majlis, doa, ayat
 jemputan ,peta dan lain-lain. Pihak kami tidak akan bertanggungjawap atas jika berlaku sebarang
kesalahan pada perkara-perkara diatas selepas pelanggan mempersetujui design atau design telah
pun di cetak.

 
4. Deposit Kedua
Pembayaran sebanyak 50% dari baki bayaran perlu dilakukan sebelum proses percetakan dijalankan,jumlah pembayaran tidak termasuk deposit.
Emailkan slip  pembayaran kepada kami.

5. Proses Percetakan
Proses percetakan akan dijalankan sebaik sahaja rekabentuk terakhir dipersetujui dan setelah deposit
50% tadi diterima.  Tempoh percetakan mengambil masa 7-14 hari bekerja.

6.Yey... Kad Siap!
Kami akan menghubungi anda apabila kad anda telah siap.

7. Bayaran Akhir
Setelah tempahan siap, kami akan memaklumkan kepada pelanggan dan pelanggan
perlu membuat bayaran akhir iaitu kesemua baki bayaran yang telah ditolak deposit.

8. Penghantaran / Pengambilan
 Tempahan akan dihantar melalui perkhidmatan kurier .Kos setiap penghantaran adalah ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan .Penghantaran akan dilakukan  setelah pembayaran dibuat.Atau pelanggan boleh menganbil tempahan terus daripada kami di Shah Alam tanpa sebarang bayaran.

nuffnang

Mudah.com